Khamis, 28 Julai 2011

Perlawanan Timbal Balik Malaysia vs Singapura


Perlawanan yang cukup sengit diantara Harimau Malaya dan Singapore Lions di Stadium Bukit Jalil. Separuh masa pertama masing - masing belum dapat menjaringkan apa-apa gol. Malaysia bermain dengan cukup baik, ditambah dengan kehadiran Khairul Fahmi Che Mat @ Apek. Gawang malaysia berulang lagi berjaya diselamatkan beliau. Jika tidak disebabkan kecedaraan bahu yang dialami, nescaya gawang malaysia gagal dibolosi di Stadium Jalan Besar tempoh hari.

Separuh masa kedua bermula dengan sempurna dengan tendangan gol dari Safee Sali pada minit ke-58. Semangat dari peminat terus melonjak tetapi pada minit ke-73 sekali lagi Singapura berjaya meyamakan keadaan. Masa yg berbaki gagal disempurnakan pasukan kebangsaan disebabkan kebanyakan pemain dari Singapura berpura-pura injured. Paling teruk penjaga gol Singapura sengaja melengah-lengahkan masa sehingga dikenakan kad kuning.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 beraggregat Malaysia 4 dan Singapura 6. Walaupun kita tewas tetapi pasukan kebangsaan kita telah menpamerkan satu permainan yang sangat membanggakan. We proud of you dan the keeper is the man of the match. He really done a great job and even kimora support us(hehe..terselit gak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...