Rabu, 22 Jun 2011

Mia Sara Nasuha Awesome!

This cute girl, Mia Sara Nasuha was born on 30 Sept 2005. She's an actress and model at ever young age. Actually, I proud of this young girl, she not afraid to try something different from other young kids like her..What will happen when this young girl in the future? I hope she will continue her career and carry a very big name some day...for all this while she already in big cinema like Nur Kasih the Movie, Sekali Lagi (Coming this end of June) and so on...

She begin with TV commercials like Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, Astro Beyond and more..Her first Drama that capture people heart is AdamMaya...She's so lovely while working together with Lisa Surihani..In Sekali Lagi (Film) she also working with Lisa Surihani..They seem awesome together...Here's some of my favorite pictures of her...


She's gonna be Big Star One Day! 



Siti Saleha a.k.a Nora Elena dan Kekasih

Setelah fenomena demam Nora Elena berakhir dengan 2.7 Juta penonton. Ramai yg ingin tahu lebih lanjut siapa Nora Elena atau Siti Saleha...Actually I'm not a big fan of Nora Elena, never watch that drama either. Kalu korang nak tahu Siti Saleha nie adalah adik kepada penyanyi Sam Bunkface...yg cute2 tue...hihi.. cute ke?









ok, nie adalah kekasih Siti Saleha yg bernama Robin Coenraad yg juga berkacukan Inggeris seperti Siti Saleha..hehe..hensem gak..sesuai gitu...(^_^)...





Isnin, 20 Jun 2011

Ciuman Mulut Barack Obama And David Cameron

Salah satu blog luar negara berdomain 123tunis.com telah publishkan satu gmbr yang sangat mengejutkan pengunjungnya, dimana di dalam content blog tersebut dipostkan tajuk "Barack Obama And David Cameron Kissing". Dalam post tersebut dengan jelas gmbr Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron sedang berciuman mulut.


Masih belum dapat kepastian mengenai kebenaran gmbr tersebut, photoshop atau bukan? Tetapi ini menjadi topik hangat di forum2 sekarang...

Pertunangan Anak Perempuan Najib


Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat lepas.

Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.

Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.

Kenamaan asing yang turut hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.


Pasangan ini bertemu ketika menuntut di AS.

P/s : Semoga Berbahagia hingga ke jinjang pelamin....

Kanak-kanak 2 tahun perokok tegar

Seorang kanak-kanak di Jawa Timur (Pasuruan) yang baru berusia dua tahun bukan sahaja menjadi seorang perokok malah sanggup mencederakan orang lain jika dia dilarang berbuat demikian.

Menurut datuknya, Slamet, 51, cucunya itu, Khoirul Anam, telah mula merokok sejak usia 20 bulan lagi.

Tabiat merokok cucunya itu sukar untuk dibendung kerana jika orang melarangnya dia akan mengamuk.

"Saya pernah melarangnya merokok dan dia menikam perut saya dengan pisau sehingga menyebabkan saya menerima empat jahitan akibat luka tikaman itu.

"Ekoran itu saya tidak berani melarangnya," katanya kepada Inilah.com sambil menambah, Khoirul juga suka minum kopi dan setiap hari menghabiskan satu gelas besar.

"Rokok dan kopi tidak boleh dipisahkan dengannya. Baginya kedua-dua itu sama penting dan harus dinikmatinya setiap hari," ujar Slamet.

Sebelum ini tubuh Khoirul sangat kecil dan kurus. Pemeriksaan doktor mendapati rokok yang dihisapnya setiap hari tidak memberi kesan kepada jantung dan paru-parunya.

P/s : Makin pelik dunia sekarang...seorang budak berkelakuan seperti seorang dewasa... 

Datuk Yusof dan Pekida Berdamai


Kontroversi yang tercetus antara Filem Kongsi dan KL Gangter telah menemui jalan penyelesaian di Majlis Kesyukuran dan Musyawarah yang diadakan di Restoran Haslam pada jumaat lepas...

Alhamdulillah...toksahlah gaduh2 sesama islam...buang yg keruh ambil yng jernih...Majlis terserbut juga turut dihadiri Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.

Tujuan Majlis musyawarah diadakan bagi menjernihkan isu filem KL Gangster dan Kongsi telah menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan.

Kalau Pekida tak ungkitkan perkara nie, x ramai yg tau pun mengenai gelaran tersebut merujuk pada pertubuhan tersebut...hanya yg tergigit cili yg terasa pedasnya...

Khamis, 16 Jun 2011

Selebriti Sertai Askar Wataniah

Hari nie beberapa selebriti tanah air kite telah menyertai askar wataniah dan Majlis peryertaan tu telah disempurnakan oleh   Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Antara selebriti yang terlibat ialah Datuk Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Ana Raffali, Shaheizy Sam, Mohd Nor Don, David Teoh, Aizat dan ramai lagi. 




Dengan penyertaan tersebut diharap ada ramai anak muda zaman sekarang dpt menyertai askar wataniah...Diharap pembabitan Selebriti ini dapat memberi suntikan semangat tuk mereka mempertahankan tanah air kite..Syabas kesemua selebriti yang terlibat...bangga wei...(^_^)...

Lebih 27 Laman Web Kerajaan telah digodam

Semalam semua agensi telah bersiap sedia untuk menghadapi serangan dari anonymous hacker yang telah merancang menyerang laman web kerajaan. Kementerian aku pun x terlepas. Semua jadi kelam kabut dibuatnye..Marah betul hacker tue, tapi mane xnye abis semua laman web download disekatnye...mcm kami disini yg agak geram gak sbb laman web facebook disekat..hehe..

Nie dari   http://tourmalaysia.com.my/  yg telah digodam semalam. 


Berikut merupakan senarai penuh halaman yang digodam sepanjang malam semalam:

  1. SabahTourism (http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html)

  2. TourMalaysia (http://tourmalaysia.com.my/)

  3. UiTM Penang (http://penang.uitm.edu.my/)

  4. JBioTech (http://jbiotech.gov.my/admin/)

  5. Ezi2Care – Jabatan Kebajikan Masyarakat (http://ezi2care.jkm.gov.my/)

  6. CIDB (http://www.cidb.gov.my/v6/)

  7. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (http://www.spad.gov.my/)

  8. KRU Studios (http://www.krustudios.com/)

Selain daripada laman-laman web tempatan yang digodam, sejumlah laman web juga dilihat telah DDOS, ataupun telah ditutup oleh pentadbirnya sendiri untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Berikut merupakan antara laman web yang terlibat;


  1. 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/)

  2. ASEANConnect (http://www.aseanconnect.gov.my/)

  3. Kementerian Pendidikan (http://www.moe.gov.my/)

  4. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (http://www.sprm.gov.my/)

  5. Bomba Malaysia (http://www.bomba.gov.my/)

  6. Parlimen Malaysia (http://www.parlimen.gov.my/)

  7. Kementerian Kerja Raya Malaysia (http://www.kkr.gov.my/)

  8. Treasurey (http://www.treasury.gov.my/)

  9. Malaysian Meteorological Service (http://www.kjc.gov.my/)

  10. Universiti Kebangsaan Malaysia (http://www.ukm.my/)

  11. Jobs Malaysia (http://www.jobsmalaysia.gov.my/)

  12.  Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (http://www.kpkk.gov.my/)

  13. Kementerian Sumber Manusia (http://www.mohr.gov.my/)

  14. Polis Diraja Malaysia (http://www.rmp.gov.my/)

  15. National Sports Council (http://www.nsc.gov.my/)

  16. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (http://www.kpkk.gov.my/)

Berikut adalah Surat dari SKMM mengenai Laman Web yang telah mereka sekat:-




P/s : Laman web rasmi si hackers tue http://mydragonforce.wordpress.com/ dan juga facebook mereka Dragon Force.

    Rabu, 15 Jun 2011

    POKOK by MUH featuring Hazama


    Tersesat malu bertanya
    Tak tahu tak tahu ke mana
    Terlalu banyak alasannya
    Duk terdiam
    Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
    Tersentuh hati bagai? luruh

    [*]
    Tanya sama pokok
    Apa sebab goyang
    Jawab angin yang goncang
    Terbang burung terbang
    Patah sayap diduga
    Seandainya rebah kau masih ada

    [**]
    Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
    Terlalu banyak alasannya
    Duduk terdiam
    Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
    Tersentuh hati mula luruh

    Ulang [*]

    Nanana.. nananana..
    Nanana.. nananana..
    Nanana.. nananana.. na…

    Kau masih ada ulang 2x
    Kau masih adaaa… ooooooooo!

    Ulang [**]

    Tanya sama pokok…

    Selasa, 14 Jun 2011

    Kad Kahwin Noh Hujan Ala Ala Jepun


    Setelah Zed Zaidi muncul dengan Kad Kahwin yg bertemakan facebook, kini tiba giliran Noh Hujan dan Miss Nina yang memilih tema Ala Jepun untuk dijadikan Kad Jemputan Perkahwinan mereka..

    Kad Kahwin yang pelbagai ini telah menjadi trend artis tanah air la nie...anyway, mereka bakal disatukan pada 1 Julai 2011..dengan wang hantaran sebanyak RM11, 000 dan mas kahwin sebanyak RM888.88...Saya doakan semoga mereka berbahagia sehingga ke anak cucu..amin...

    Isnin, 13 Jun 2011

    Malaysia Open Source Conference 2011


    The annual gathering of Malaysia Open Source Conference 2011 is coming on 3rd, 4th and 5th of July at Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, Penang, Malaysia.

    Show your support now by like them on facebook and follow them on twitter..



    You can also be part of this big event by registering your participating at http://www.mosc.my/

    Jumaat, 10 Jun 2011

    Review Filem Kongsi

    Semalam aku langgan Astro First Filem Kongsi sbb teringin sgt nak tgk filem yg mendapat sambutan hangat tu..triller die mcm best...tapi hampeh la wei...lawak sam da best da...tapi jalan cerita agak longgar...motif cerita tidak kesampaian...

    Korang tgk tak aksi sam kononnya terjun dari bumbung petaling street, kelakar giler...byk effect yg cube diketengahkan tapi kenapa gambar dislowkan...x real-la wei...

    Tapi so far, aku tetap bagi credit kat Farid Kamil kerana mencube, next time cube perbaiki lagi ok...make sure dptkan penyunting terbaik...suntingan filem tidak kemas... mcm filem x siap...Jangan cube riak bile filem dpt sambutan berjuta ringgit kerana x semestinya filem tu adalah yg terbaik...la nie senario pengarah Malaysia seolah-olah bersaing sape yg dpt kutipan terbanyak yg mencecah jutaan ringgit dan bukan kualiti yang dipertaruhkan...

    Jumaat, 3 Jun 2011

    Buah Hati Taukeh (JAMBU)

    Memang betullah kata orang yang awek-awek senang jatuh cinta dengan lelaki kelakar. Tengok Salih 
    Yaakob pun dah cukup dah buktinya. Sampai kahwin 4 tue. Kali ini, Taukeh daripada kumpulan Jambu pun
    tak kurang hebat jugak kekasih hatinya. Memang Taukeh muka legend tapi hati cute sungguh!!!







    Jual Organ kerana IPAD 2


    BEIJING: Seorang remaja yang terdesak mahu mendapatkan iPad 2 nekad menjual satu daripada buah pinggangnya bagi mencapai apa yang diidamkan, lapor media semalam.
    Dikenali hanya sebagai Zheng, dia dikatakan menjual organ penting itu pada harga kira-kira RM9,800.

    Zheng, 17, berkata dia menjual buah pinggangnya selepas ternampak iklan dalam talian yang menawarkan wang kepada sesiapa yang mahu menjadi penderma organ.
    “Saya mahu membeli iPad 2 tapi tak ada wang,” katanya kepada stesen televisyen Shenzhen.

    Zheng berkata, melihat wang yang ditawarkan ejen dalam iklan itu, dia pun berunding dan pergi ke bandar Chenzhou di wilayah Hunan untuk menjalani pembedahan.

    Dia kemudian dimasukkan ke hospital tempatan dan dibenarkan pulang tiga hari selepas menjalani pembedahan.
    Bagaimanapun, Zheng mengalami komplikasi dan keadaan kesihatannya yang terganggu itu menyebabkan ibunya menyedari ada yang tidak kena pada remaja terbabit.

    Ibu Zheng, Liu, berkata dia terkejut apabila anaknya pulang bersama satu komputer riba serta telefon bimbit Apple.
    Curiga dengan apa yang dilihatnya, Liu mendesak Zheng menceritakan apa yang berlaku.

    “Akhirnya dia mengaku menjual buah pinggangnya,” katanya.

    Liu kemudian pergi bersama Zheng ke Chenzhou dan membuat laporan polis. Bagaimanapun, polis gagal mengesan ejen terbabit kerana nombor telefon yang digunakan sebelum ini dimatikan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...