Isnin, 20 Jun 2011

Kanak-kanak 2 tahun perokok tegar

Seorang kanak-kanak di Jawa Timur (Pasuruan) yang baru berusia dua tahun bukan sahaja menjadi seorang perokok malah sanggup mencederakan orang lain jika dia dilarang berbuat demikian.

Menurut datuknya, Slamet, 51, cucunya itu, Khoirul Anam, telah mula merokok sejak usia 20 bulan lagi.

Tabiat merokok cucunya itu sukar untuk dibendung kerana jika orang melarangnya dia akan mengamuk.

"Saya pernah melarangnya merokok dan dia menikam perut saya dengan pisau sehingga menyebabkan saya menerima empat jahitan akibat luka tikaman itu.

"Ekoran itu saya tidak berani melarangnya," katanya kepada Inilah.com sambil menambah, Khoirul juga suka minum kopi dan setiap hari menghabiskan satu gelas besar.

"Rokok dan kopi tidak boleh dipisahkan dengannya. Baginya kedua-dua itu sama penting dan harus dinikmatinya setiap hari," ujar Slamet.

Sebelum ini tubuh Khoirul sangat kecil dan kurus. Pemeriksaan doktor mendapati rokok yang dihisapnya setiap hari tidak memberi kesan kepada jantung dan paru-parunya.

P/s : Makin pelik dunia sekarang...seorang budak berkelakuan seperti seorang dewasa... 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...