Assalamualaikum..
VSS ?? Zaman ekonomi meleset teruk ni sape yang tak terduduk kalu dapat VSS..
Okay VSS ni ape??? VSS ni adalah Skim Pemberhentian Sukarela atau pun Voluntary Separation Scheme (VSS).
Jom aku terangkan serba sedikit yang aku tahu pasal VSS ni. Semua yang sedia maklum Pullman Putrajaya Lakeside Hotel sudah pun bertukar owner. Sekarang Hotel tu diambil alih oleh Double Tree by Hilton. Disebabkan proses pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang lama. Pengurusan Tertinggi menawarkan VSS kepada pekerja-pekerja sedia ada. Risiko mmg ada..ambil atau tidak. Masa akan datang lagi la tak boleh dijangka. Rata-rata staff memilih untuk ambil VSS.
Tapi yang bagusnye HR (Human Resources) Double Tree ni diorang da sediakan semua dokumen dan apa yang perlu staff-staff dia buat untuk dapatkan bantuan seterusnya. Majikan yang bertanggungjawab la. HR da maklumkan siap2 dokumen2 yang dapat ni perlu disubmit kepada badan Berkanun PERKESO untuk bantuan insurans pekerjaan. Okay aku terang camne boleh dapat insurans ni.
Pada tahun 2018, Kerajan ada perkenalkan Employee Insuran System (EIS) atau Sistem Insurans Pekerja (SIP). So bende ni sangat la baru. Bersyukur sangat da ade bende ni kan..tak la terkontang kanting kite..huhu..
Untuk pekerja Swasta la kan..so check la dalam slip gaji tu..potongan 2% shj. tp faedah dia berbaloi. Ramai jgk la yg bising bila kerajaan umum kan bende ni. tp 2 % jer..tak rase sgt pun..
Ni Cth Deduction EPF, SOCso dan EIS. EIS dan SOCSO adalah potongan yang berbeza. |
Antara faedah-faedah yang akan anda terima melalui SIP. Untuk EMP (Elaun Mencari Pekerjaan) anda akan terima selama 4 bulan sehingga anda terima pekerjaan baru. Jika anda sudah menemui pekerjaan baru. Maka anda akan terima EBSA pulak. EMP tadi setakat mana yg sempat je la ikut tarikh anda mula pekerjaan semula. EMP ni dapat selepas jer anda di berhentikan kerja. Kelulusan Permohonan paling cepat akan dibuat dalam masa 2 minggu. Selepas kelulusan dapat, pegawai EIS akan berjumpa dengan anda untuk perbincangan mengenai pemstrukturan semula pekerjaan untuk anda. Seterusnya, anda akan dibayar EMP yang pertama.
EMP yang Pertama = 80%
EMP yang kedua = 50%
EMP yang ketiga = 40%
EMP yang keempat = 40%
Jika anda telah menerima pekerjaan baru anda hanya akan terima 25% dari EMP yang belum dibayar.
Lain-lain faedah SIP seperti Elaun Latihan sebanyak RM4000 juga ditawarkan untuk anda.
Berbaloi ke tak berbaloi..
Anda tentukan..
Okay..Semoga info ini berguna untuk anda. Terima Kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan