Ahad, 22 September 2019

Resepi mudah Donut Comel

Assalamualaikum..

Hari ini Kak Sya nak share resepi donut.. Simple jer resepi dia.. Tak perlu banyak bahan.. Kebanyakan semuanya ada di dapur.. Kak Sya nama kan resepi Kak Sya ni.. RESEPI ANAK RAMEY.. 😂😂.. Al-maklum la.. Anak-anak ramey.. Semuanye kuat makan.. Makanye.. Kenalah rajin memasak ye.. 😝 Banyak resepi kat fb dan google.. Tapi guna banyak bahan dan renyah.. Kak Sya takde masa nak follow yang susah.. Tak kuasa la nak susahkan diri.. 🤭🤭

Kak Sya buat donut ni tuk minum petang anak beranak jer..so da byk alter ikut kesesuaian kuantiti tu semua.. Buat byk mane nak makan jer..

Bahan-Bahannya : (dapat dlm 20 - 30 biji mini donut) 
- tepung gandum 2 cawan
- yis paket - 1 sudu kecik
- susu pekat manis - satu sudu
- minyak masak - satu sudu
- air masak - setengah cawan
- secubit garam

Cara-Caranya :
Air masak yang tersedia dalam cawan tu masukkan susu pekat dan garam kemudian kacau bagi rata. 

Tuang tepung gandum dalam bekas untuk uli dan kemudian taburkan yis dan gaul sampai rata. Sudah rata campurkan minyak dan gaul lagi.. Da sebati masukkan campuran air, susu dan garam tadi.. Kemudian uli la adunan tadi hingga tidak melekat lagi di jari anda.. Jika ada rase melekat lagi tambah sikit demi sikit sahaja tepung sehingga mendapat sebatian yang sempurna. Kak Sya tak dan nak snap gambar proses uli.. X cukup tangan nak snap.. Xder assistant.. 🤭 Gambar da siap uli jer ada.. 


Da siap gini.. Biarkan adunan ni selama setengah jam. Tutup adunan guna da pinggan supaya tak kene angin. 

Da setengah kemudian bukak tutup tu uli semula dalam 2 3 minit.. Kemudian bentukkan donut anda. 


Taburkan tepung di tangan dan tray ye supaya tidak melekat untuk proses mengoreng. 


Pastikan minyak secukupnya dan panas. Kemudian kalih2 donut tu bagi sekata.. 


Kak Sya buat bulat2 jer.. Anak2 yang buat.. Yang abg reti da buat.. Tp besar2 jadinya
 🤭 Adik masih belajar.. 😁


Da sejuk sikit.. Amik bekas kecik masukkan gula halus dalam 6 7 biji.. Goyangkan bekas tu.. Rata la gula kat donut tu.. Simple dan tak bersepah.. Ulang la sampai abis donut. Makan panas2 mmg sedap.. 😋😋


Selamat mencuba dan semoga resepi ini dapat membantu anda. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...