Pages

Friday, June 3, 2011

Jual Organ kerana IPAD 2


BEIJING: Seorang remaja yang terdesak mahu mendapatkan iPad 2 nekad menjual satu daripada buah pinggangnya bagi mencapai apa yang diidamkan, lapor media semalam.
Dikenali hanya sebagai Zheng, dia dikatakan menjual organ penting itu pada harga kira-kira RM9,800.

Zheng, 17, berkata dia menjual buah pinggangnya selepas ternampak iklan dalam talian yang menawarkan wang kepada sesiapa yang mahu menjadi penderma organ.
“Saya mahu membeli iPad 2 tapi tak ada wang,” katanya kepada stesen televisyen Shenzhen.

Zheng berkata, melihat wang yang ditawarkan ejen dalam iklan itu, dia pun berunding dan pergi ke bandar Chenzhou di wilayah Hunan untuk menjalani pembedahan.

Dia kemudian dimasukkan ke hospital tempatan dan dibenarkan pulang tiga hari selepas menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Zheng mengalami komplikasi dan keadaan kesihatannya yang terganggu itu menyebabkan ibunya menyedari ada yang tidak kena pada remaja terbabit.

Ibu Zheng, Liu, berkata dia terkejut apabila anaknya pulang bersama satu komputer riba serta telefon bimbit Apple.
Curiga dengan apa yang dilihatnya, Liu mendesak Zheng menceritakan apa yang berlaku.

“Akhirnya dia mengaku menjual buah pinggangnya,” katanya.

Liu kemudian pergi bersama Zheng ke Chenzhou dan membuat laporan polis. Bagaimanapun, polis gagal mengesan ejen terbabit kerana nombor telefon yang digunakan sebelum ini dimatikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...