Selasa, 31 Mei 2011

Elly Mazlein Naik Kereta Kuda Di Majlis Pertunangan




Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort. Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.





Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.



Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.


Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.


Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi.

P/s : Kalah Dato Siti tau...baru bertunang da dpt naik kereta kuda..hehe..

4 ulasan:

  1. baru tunang da naik kuda, kawen nnt naik gajah plak agaknya he3, tahniah elly mazlien....

    BalasPadam
  2. ingat tak model dan pengacara Beat TV dulu2...namanya ZEt..dia kawin kan naik kuda.padahal tak popular mana...now dah kebengrapan..hehe...Zet u kawan aku punya akak..

    BalasPadam
  3. x cam ar...beat tv kite ingat awal dgn sazzy jer...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...