Assalamualaikum..
Kepada yang sedia maklum, video mengenai Dunia Akhir Zaman dan Konspirasi Dajjal telah menjadi bualan yang hebat masa kini..Terdetik dihati saya ingin mengetahui kenapa pemilik sebenar video ini menutup blognye..Sedangkan video tersebut hangat tersebar di YouTube sekarang..telah di google..saya dpt sedikit komen dari Brofat sebelum die tutup blog..ihsan dari Leokid..
Dunia kini mmg penuh dengan fitnah..apa yg kite dengar dan lihat perlulah dikaji..dan jangan mudah percaya bulat2..Video itu juga telah membuka mata saya tuk mencari kebenaran yang tersimpan sekian lama oleh sesetengah pihak atas kepentingan tertentu..Bersama-sama lah kite bangkit dari sedar daripada penipuan dunia..
the-broFat on October 4, 2010 12:13 PM said… salam. utk makluman, saya adalah orang yang bertangungjawab untuk membuat tayangan multimedia ni. Jadi bagi menjawab beberapa persoalan saudara-saudari sekalian. Pertama sekali, sebagaimana yang anda semua tahu, saya telah pun menutup blog saya. Itu adalah ahrga yang paling mahal yang terpaksa saya bayar di atas beberapa kesilapan fakta saya, itupun jika ada di antara saudara-saudari yang memahami maksud posting terakhir dalam blog saya sekarang, brofat.blogspot.com. Bagi menjawab persoalan syiah, saya tidak mengutuk syiah pun dalam video tu. Saya hanya menunjukkan pemimpin Iran yang bersalaman dengan Bush. Saya juga menunjukkan gambar Najib bersalaman dengan Bush. Najib seorang ahli sunnah, adakah saya mengutuk semua ahli sunnah? Dalam video itu saya tidak kutuk syiah ataupun sunnah. Saya hanya menyebutkan beberapa peribadi daripada syiah dan sunnah, bukan keseluruhannya. (saya hairan bagaimana pemimpin umat islam masih boleh berbaik dengan kafir harbi) Berkenaan watak hitler pula, bagi saya hitler bukanlah seorang yang baik. tak kisahlah, dia ada benarkan tentera dia beragama islam untuk solat atau bergambar dengan ulama islam, tapi tindakan dia membunuh orang-orang awam dalam peperangan dan penyeksaannya adalah tidak boleh diterima. tambahana pula hitler bukanlah seorang islam. memang ada saya terima banyak email yang cuba nak kaitkan hitler dengan islam, tapi saya rasa itu tidak patut. Kalau anda kata dia bunuh yahudi kerana yahudi jahat, itu adalah tindakan yang tidak tepat langsung. Rasulullah pun tak pernah menzalimi orang yahudi. setiap tindakan rasulullah ke atas orang Yahudi adalah kerana orang yahudi yang menzalimi umat Islam kerana mengkhianati perjanjian dan lain-lain. Jadi tindakan hitler membunuh orang awam, termasuk yahudi adalah tidak boleh diterima sama sekali. berkenaan "nama-nama" itu, saya pernah diberitahu oleh guru saya, Allah mengajarkan cara untuk hidup di dunia (termasuklah dengan mengajar kepadanya nama-nama setiap benda di dunia). Ia bukan hanya merujuk kepada nama-nama benda yang fizikal sahaja (termasuk kentut), tapi juga konsep-konsep keadilan dan lain-lain (sebab ayat quran tu bagi tahu "nama-nama KESELURUHANNYA". Maka setelah Nabi Adam belajar mengenai apa itu keadilan dan segala-galanya, maka sebab selepas itu barulah baginda boleh hidup di dunia dengan selamat berdasarkan perintah Allah. mengenai segala teori-teori konspirasi, memang saya mengaku saya banyak terpengaruh dengan kajian mereka. Sebenarnya saya tidak berniat untuk melibatkan diri dalam perbincangan mengenai konspirasi pun ketika saya mula menulis blog dulu (jika anda sempat baca posting-posting saya mengenai sistem-sistem kehidupan manusia), namun entah macam mana, saya terjatuh juga dalam kancah pengkajian mengenai konspirasi. segala pengkajian mengenai konspirasi itu cuma teori (boleh jadi betul boleh jadi salah), maka saya rasa saya telah melakukan satu kesilapan besar apabila menjadikan sesuatu yang tidak pasti sebagai sandaran kepada setiap pengkajian dan perbincangan. jadi nasihat saya kepada mereka-mereka yang telah terkena pengaruh "kajian konspirasi" ini, saya nasihatkan anda semua kajilah terlebih dahulu semua teori-teori terbabit. Ini kerana, yang mula-mula mengkaji mengenai konspirasi ini pun adalah orang Kristian, salah seorangnya adalah William Guy Carr (kalau saya tak silap, pengarang buku Pawns In The Game). Jika ada orang Islam yang mengkaji mengenai dajjal pun, sebahagian daripada mereka pasti akan mengikuti rentak pengkajian William. Tapi saya tidak kata salah, cuma jika anda betul-betul kaji mengenai para pengkaji konspirasi di barat pun, anda akan dapati banyak unsur-unsur kristian (sebab diorang nak kata yang agama kristian tu agama betul) dalam pembongkaran mereka. Berkenaan kedudukan sebenar keadaan manusia suatu ketika dahulu, apa yang saya tunjukkan dalam persembahan multimedia tersebut ada rujukannya, begitu juga dengan orang yang tidak bersetuju dengannya, mereka pun ada hujah dan rujukan masing-masing. Jadi saya menghormati pandangan kedua-dua belah pihak yang mengkaji mengenai perkara ini. Saudara leokid, anda pun mempunyai hujah anda dalam hal ini, tapi saya rasa anda pun hanya baca daripada rujukan anda mengenai hujah-hujah tersebut, bukannya anda yang mengkaji (maafkan saya kalau saya salah). Saya suatu masa dahulu pun pernah berpegang pada pendapat yang mengatakan Nabi Adam bukan manusia pertama. Tapi disebabkan terlampau banyak hujah daripada pelbagai pihak, maka mulai sekarang saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak lagi. Jika anda mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa semua yang saya tulis itu satu pembohongan, saya minta maaf banyak-banyak, (saya memang dah tak nak tulis pasal konspirasi lagi dan bukan itu pun niat sebenar saya waktu first buat blog dulu). Dan jika anda mempunyai bukti yang dakwaan saya betul, maka sandarkan terus kepada rujukan anda. Saya minta maaf jika saya telah menyusahkan anda semua. jika ada yang masih ingin meneruskan pengkajian mengenai teori-teori konspirasi, anda boleh rujuk terus kepada mereka yang bertanggungjawab. saya dah tutup blog saya dan menarik kembali semua kenyataan saya (apa lagi yang saya boleh buat). selepas ini saya tidak ingin menjawab, membahas apa-apa lagi mengenai konspirasi dajjal. Kepada mereka-mereka yang menyokong saya, terima kasih saya ucapkan, tetapi janganlah anda anggap apa yang saya cakap semua betul sebelum anda sendiri mempunyai bukti. (saya lebih suka anda menganggap saya salah sebab saya tak nak anda menyandarkan semua hujah itu kepada saya lagi. Jika anda kata saya cuba berlepas tangan, well, secara kasarnya macam tu lah). kepada admin blog ini (blog salafus-sholih), saya mohon maaf banyak2 kerana saya tidak mempertahankan anda. Saya nasihatkan anda, anda masih boleh memperjuangkan Islam dan menghapuskan kemungkaran tanpa mendalami teori konspirasi pun sebenarnya. Ini kerana segala propaganda mereka itu memang jelas2 bertentangan dengan Islam. Ini bermakna, jika anda memang mengamalkan Islam secara keseluruhan, anda akan terhindar secara automatik daripada segala konspirasi mereka walaupun anda tidak pernah mendengar teori kosnpirasi pun. Malah para pengkaji konspirasi tidak menyediakan penyelesaian pun kepada setiap teori mereka. mereka hanya mengkritik itu dan ini. Menyedari hal itu, saya bertindak melepaskan diri saya daripada pengkajian mereka. Saya sekarang sedang berada dalam group mereka-mereka yang sedang mengkaji mengenai konsep Islam secara menyeluruh. mereka telah menyedarkan saya Nasihat saya, jika anda ingin post sesuatu, eloklah ia memang original anda punya, sebab anda yang akan bertangungjawab (walaupun anda sudah minta izin). Kepada para pengkaji teori konspirasi, saya rasakan ada banyak kekurangan dalam tindakan anda. Ini kerana, saya lihat para pengkaji konspirasi cuba bongkar imej "topeng" para pemimpin yang kononnya dianggap sebagai musuh dalam selimut. Nampak macam baik, tapi jika kita lihat sejarah, Nabi Muhamad tak pernah bongkar pun nama-nama orang munafiq kepada seluruh kaum muslimin, walaupun baginda mengetahuinya. Malah penjaga rahsia Nabi, Huzaifah pun tidak mendedahkan siapa musuh dalam selimut umat Islam walaupun telah didesak berkali-kali oleh saidina Umar. Jika ada pemimpin yang kita rasakan munafiq pun, eloklah kita tegur dia. Sumber : http://mahal82.wordpress.com/2009/02/22/58/ Jadi berdasarkan teguran yang saya terima dan saya dapat menerimanya, saya lebih suka bersangka baik dengan setiap pemimpin Islam (kecuali jika dia sudah secara jelas menunjukkan perhubungan mereka dengan kafir harbi). Saya memang menyesal bercerita mengenai teori-teori konspirasi dajjal dan telah pun menutup blog saya. Malah ramai yang minta copy artikel saya mengenai konspirasi melalui emel tapi saya tak bagi. Bayaran yang mahal yang terpaksa saya bayar di atas kesilapan saya ialah, saya terpaksa tutup blog saya. kesimpulannya, jika anda jumpa saya suatu hari nanti, ataupun blog saya, saya tidak akan lagi bercerita mengenai konspirasi2 dajjal, tetapi saya akan bercerita mengenai penyelesaiannya. Maka sama ada konspirasi itu betul-betul wujud atau tidak, ia tidak penting kerana jika anda mengamalkan Islam, musuh-musuh pasti dapat dikalahkan kerana Allah sudah berjanji bahawa tipu daya mereka adalah lemah. Tipu daya mereka hanya menjadi kuat kerana kita jauh daripada Islam. Misalnya mindcontrol dalam media-media. Jika anda mengamalkan Islam, pasti anda akan selamat daripada menonton filem-filem mereka, kerana dalam filem mereka, perempuan-perempuan semua tak pakai tudung, bagaimana umat Islam boleh menonton filem yang menunjukkan wanita tidak menutup aurat? Saya memang sentiasa ingin mengalahkan musuh Islam, tetapi saya ada pendekatan baru (ada orang tunjukkan saya satu jalan baru). Maka bagi saya, pendekatan mengkaji konspirasi dajjal itu adalah tidak berapa berkesan, tambahan pula para pengkaji konspirasi tidak menyediakan penyelesaian pun. tahu kritik je. Kesimpulannya, bagi pandangan saya sendiri selaku pembuat tayangan ini, tayangan ini tidak membantu langsung dalam usaha amar makruf nahi mungkar (kecuali sedikit). Minta maaf banyak-banyak semua. Komen saya pun tak tersusun sebab sibuk skrg. yang ikhlas – brofat (bunyi macam wasiat sebelum mati je XD) Komen ini dipetik dari http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/dunia-akhir-zaman.html |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan