Isnin, 18 April 2011

Filem Cun terbaik!

Filem komedi romantik terbaru ’Cun’ semakin mendapat sambutan hebat semenjak ianya ditayangkan bermula 31 Mac 2011 yang lalu. Jom terjah sedikit sinopsis filem cun nie...


Cun mengisarkan mengenai Luna Latisya lakonan maya Karin yang merupakan seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon lakonan jehan Miskin. Program yang diacarakannya berjudul ’Meletops’memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi pelbagai selebriti tanahair. Dan untuk episodnya yang terkini, program ‘Meletops’ perlu ke rumah Ryan Hidayat untuk membuat kejutan sempena hari lahirnya.


Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Dek kerana berang dengan peristiwa tersebut,Luna terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan lakonan Remy Ishak yang merupakan kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung, namun kerana penerimaan orang kampung yang begitu baik dengannya membuatkan Luna berubah hati. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama.




Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Ketika Luna sedang gembira dengan kehidupan barunya, krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Dan kebetulan pula, Ryan turut serta datang untuk memujuk Luna kembali kepadanya. Disebabkan tiada pilihan, Luna pulang ke Kuala Lumpur apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna.


Pelbagai konflik berlaku apabila Luna kembali ke kotaraya yang menjadi sebahagian hidupnya. Ingin tahu cerita selanjutnya, jangan lupa menyaksikan filem komedi romantik ini di pawagan berdekatan anda....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...