Untuk maju ke hadapan,
Usahlah menyepak orang lain ke belakang
kerana pasti sepakan itu akan menyepak diri sendiri
Untuk sampai ke kemuncak,
Usahlah memijak orang lain
kerana pasti pijakan itu akan memijak diri sendiri
Untuk mencipta sejarah,
Usahlah menjarah usaha orang lain
kerana pasti penjarahan itu akan menjarah diri sendiri
Untuk mencapai kemenangan,
Usahlah mengalahkan orang lain
kerana pasti kekalahan itu akan menewaskan diri sendiri
Untuk mengecap kejayaan,
Usahlah menganiaya orang lain,
kerana pasti penganiayaan itu akan kembali menganiayai diri sendiri
Untuk maju ke hadapan
Majukanlah juga orang ke hadapan,
Untuk sampai ke kemuncak
Sokonglah mereka yang sesak,
Untuk mencipta sejarah
Binalah warisan walau tidak dikesan,
Untuk mencapai kemenangan
Bantulah yang lain untuk sama menang,
Untuk mengecap kejayaan
Tebarkanlah kebaikan walau tidak dikenang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan