Isnin, 30 September 2019

Nak Pinjam Duit Tapi Pinjaman Tak Lepas, eMicro ada Penyelesaiannya

Terdesak tengah bulan, nak pinjam dengan sape? Nak pinjam duit dekat mak ayah tapi malu dan tak nak menyusahkan? Nak pinjam pada kawan-kawan tapi takut boleh jadi penyebab putus kawan? Jadi nak pinjam duit dengan siapa lagi? Cuba bukak phone dan cari apps eMicro. Satu alternatif yang mungkin boleh membantu korang sedikit sebanyak dalam masalah kewangan.


eMicro adalah satu apps di mana kita boleh membuat urusan pinjam-meminjam lebih mudah dan selamat. eMicro menawarkan pembiayaan peribadi kecil RM500 sehingga RM10,000 untuk membantu anda untuk menghadapi segala kesusahan kewangan!

Dengan syarat, dah pinjam, perlu bayar balik!

Pinjaman eMikro ini adalah terhad dari serendah RM500 sehingga maksimum RM10000 bersertakan kadar faedah yang sangat rendah dan juga fleksibel. Tempoh pembayaran balik adalah dari 6 bulan sehingga 24 bulan juga. Faedah setahun adalah 18%. Selain itu masa pemprosesan hanya 6 jam sahaja sekiranya dokumen lengkap telah siap dihantar! Tiada sebarang pembayaran pendahuluan diperlukan. eMicro memang cepat dan mudah untuk digunakan!

Syarat-syarat pun mudah sahaja..

1. Umur 21 tahun hingga 50 tahun.
2. Wajid warganegara Malaysia...selain tu tak boleh ye.hihi
3. Wajid ada akaun bank sendiri.
4. Anda bukan lah seorang yang di senarai hitam kan oleh CCRIS atau CTOS.
5. Gaji kasar RM1500 keatas.


Bayaran balik juga mudah dengan menggunakan JomPay, ATM/Bank Transfer atau Bayaran melalui FPX. Semuanya melalui online. Huhu..Cashless btl sekarang..tapi mudah la untuk korang kan.

eMicro boleh membantu anda dengan masalah kewangan atau memberi anda bantuan tunai kecemasan dengan segera.

Muat turun eMicro dengan segera di Google Play Store or Appstore!

                                 Untuk butiran lanjut, sila lawati laman rasmi eMicro.





 

Ahad, 22 September 2019

Resepi mudah Donut Comel

Assalamualaikum..

Hari ini Kak Sya nak share resepi donut.. Simple jer resepi dia.. Tak perlu banyak bahan.. Kebanyakan semuanya ada di dapur.. Kak Sya nama kan resepi Kak Sya ni.. RESEPI ANAK RAMEY.. 😂😂.. Al-maklum la.. Anak-anak ramey.. Semuanye kuat makan.. Makanye.. Kenalah rajin memasak ye.. 😝 Banyak resepi kat fb dan google.. Tapi guna banyak bahan dan renyah.. Kak Sya takde masa nak follow yang susah.. Tak kuasa la nak susahkan diri.. 🤭🤭

Kak Sya buat donut ni tuk minum petang anak beranak jer..so da byk alter ikut kesesuaian kuantiti tu semua.. Buat byk mane nak makan jer..

Bahan-Bahannya : (dapat dlm 20 - 30 biji mini donut) 
- tepung gandum 2 cawan
- yis paket - 1 sudu kecik
- susu pekat manis - satu sudu
- minyak masak - satu sudu
- air masak - setengah cawan
- secubit garam

Cara-Caranya :
Air masak yang tersedia dalam cawan tu masukkan susu pekat dan garam kemudian kacau bagi rata. 

Tuang tepung gandum dalam bekas untuk uli dan kemudian taburkan yis dan gaul sampai rata. Sudah rata campurkan minyak dan gaul lagi.. Da sebati masukkan campuran air, susu dan garam tadi.. Kemudian uli la adunan tadi hingga tidak melekat lagi di jari anda.. Jika ada rase melekat lagi tambah sikit demi sikit sahaja tepung sehingga mendapat sebatian yang sempurna. Kak Sya tak dan nak snap gambar proses uli.. X cukup tangan nak snap.. Xder assistant.. 🤭 Gambar da siap uli jer ada.. 


Da siap gini.. Biarkan adunan ni selama setengah jam. Tutup adunan guna da pinggan supaya tak kene angin. 

Da setengah kemudian bukak tutup tu uli semula dalam 2 3 minit.. Kemudian bentukkan donut anda. 


Taburkan tepung di tangan dan tray ye supaya tidak melekat untuk proses mengoreng. 


Pastikan minyak secukupnya dan panas. Kemudian kalih2 donut tu bagi sekata.. 


Kak Sya buat bulat2 jer.. Anak2 yang buat.. Yang abg reti da buat.. Tp besar2 jadinya
 🤭 Adik masih belajar.. 😁


Da sejuk sikit.. Amik bekas kecik masukkan gula halus dalam 6 7 biji.. Goyangkan bekas tu.. Rata la gula kat donut tu.. Simple dan tak bersepah.. Ulang la sampai abis donut. Makan panas2 mmg sedap.. 😋😋


Selamat mencuba dan semoga resepi ini dapat membantu anda. 


Ahad, 15 September 2019

Resepi mudah Kek Butter Coklat Chip


Assalamualaikum..

Hari ni kak sya nak share resepi yang mudah korang nak cuba.. Selalu tengok terliur sgt2.. Tapi nak membeli ya ampun mahalnya..

Memandangkan banyak lagi coklat chip dalam peti ais tersimpan rapi.. Moh la kita buat kek butter ni.. Harap2 anak2 suke.. 🤗🤗

Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan majerin pelangi atau jenama lain pun boleh
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila


Cara-Caranya:

Bekas A

Ayakkan tepung dan baking powder

Bekas B
Pukul marjerin dengan gula hingga kembang. Masukkan vanila esen, kemudian telur satu demi satu. Kemudian masukkan susu. Pukul sehingga sebati. 


Okay da rata adunan bekas B.. Ambil tepung dlm bekas A tadi campur dan gaul sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan coklat chip dalam adunan tersebut.. Last sekali.. Da tuang adunan semua dalam tray.. Tabur lagi sekali coklat chip. Ok all done.. Da boleh bake. 




Kak sya masak kek guna microwave 🤭🤭

Tp gune setting conventional + microwave selama 25 minit. 

Lagi cepat kan dari oven.. Hihi.. 

Selamat Mencuba!! 


Rabu, 11 September 2019

VSS dan EIS

Assalamualaikum..
VSS ?? Zaman ekonomi meleset teruk ni sape yang tak terduduk kalu dapat VSS..
Okay VSS ni ape??? VSS ni adalah Skim Pemberhentian Sukarela atau pun Voluntary Separation Scheme (VSS).
Jom aku terangkan serba sedikit yang aku tahu pasal VSS ni. Semua yang sedia maklum Pullman Putrajaya Lakeside Hotel sudah pun bertukar owner. Sekarang Hotel tu diambil alih oleh Double Tree by Hilton. Disebabkan proses pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang lama. Pengurusan Tertinggi menawarkan VSS kepada pekerja-pekerja sedia ada. Risiko mmg ada..ambil atau tidak. Masa akan datang lagi la tak boleh dijangka. Rata-rata staff memilih untuk ambil VSS.
Tapi yang bagusnye HR (Human Resources) Double Tree ni diorang da sediakan semua dokumen dan apa yang perlu staff-staff dia buat untuk dapatkan bantuan seterusnya. Majikan yang bertanggungjawab la. HR da maklumkan siap2 dokumen2 yang dapat ni perlu disubmit kepada badan Berkanun PERKESO untuk bantuan insurans pekerjaan. Okay aku terang camne boleh dapat insurans ni.
Pada tahun 2018, Kerajan ada perkenalkan Employee Insuran System (EIS) atau Sistem Insurans Pekerja (SIP). So bende ni sangat la baru. Bersyukur sangat da ade bende ni kan..tak la terkontang kanting kite..huhu..
Untuk pekerja Swasta la kan..so check la dalam slip gaji tu..potongan 2% shj. tp faedah dia berbaloi. Ramai jgk la yg bising bila kerajaan umum kan bende ni. tp 2 % jer..tak rase sgt pun..
Ni Cth Deduction EPF, SOCso dan EIS. EIS dan SOCSO adalah potongan yang berbeza.


Antara faedah-faedah yang akan anda terima melalui SIP. Untuk EMP (Elaun Mencari Pekerjaan) anda akan terima selama 4 bulan sehingga anda terima pekerjaan baru. Jika anda sudah menemui pekerjaan baru. Maka anda akan terima EBSA pulak. EMP tadi setakat mana yg sempat je la ikut tarikh anda mula pekerjaan semula. EMP ni dapat selepas jer anda di berhentikan kerja. Kelulusan Permohonan paling cepat akan dibuat dalam masa 2 minggu. Selepas kelulusan dapat, pegawai EIS akan berjumpa dengan anda untuk perbincangan mengenai pemstrukturan semula pekerjaan untuk anda. Seterusnya, anda akan dibayar EMP yang pertama.

EMP yang Pertama = 80%

EMP yang kedua = 50%

EMP yang ketiga = 40%

EMP yang keempat = 40%


Jika anda telah menerima pekerjaan baru anda hanya akan terima 25% dari EMP yang belum dibayar.

Lain-lain faedah SIP seperti Elaun Latihan sebanyak RM4000 juga ditawarkan untuk anda.


Berbaloi ke tak berbaloi..


Anda tentukan..




Okay..Semoga info ini berguna untuk anda. Terima Kasih..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...