Isnin, 17 Januari 2011

AF9 bakal melabuhkan tirainya


SELEPAS bersiaran sebanyak lapan musim bermula 2003, program Akademi Fantasia Musim ke-9 (AF9) menjadi musim terakhir buat program realiti TV itu.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, program mencetus fenomena yang diadaptasi dari rancangan popular Le Academia dari Mexico itu terpaksa melabuhkan tirai kerana ingin memberi peluang kepada pelbagai program lain.

"Kami rasa sudah sampai masanya program Akademi Fantasia direhatkan buat selama-lamanya. Jadi program terakhir ini pastinya program yang terbaik dari musim sebelumnya.

"Kami akan bawakan pelbagai kejutan dan merangkumkan kembali nostalgia dari musim pertama hingga kelapan untuk paparan peminat setia AF musim terakhir ini," jelasnya semasa pengumuman sesi uji bakat AF9 di Restoran Delicious, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, Azlin menafikan perkara itu disebabkan sambutan peminat terhadap program itu semakin berkurangan.

"Tamatnya program ini bukan kerana sambutan penyokong semakin kurang, kalau kita lihat setiap tahun program ini mempunyai pengikut tersendiri," katanya.

Azlin turut memberitahu AF9 ini merupakan musim terbaik dan menampilkan seorang pengetua terkenal di rantau Asia. Selain itu, mereka juga bakal menggunakan khidmat pengacara terkenal tanah air.

Ketika ditanya tentang nama komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa yang disebut-sebut sebagai pengetua AF9, Azlin enggan mengulas perkara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...