Selalu aku buat kek minyak kukus jer.. bagi anak sulung aku makan..
kali ni sajer try buat bakar guna microwave.. hihi.. sbb aku xder oven..
da research dan try n error.. mcm boleh..
jom check it out hasilnya..
by the way ni aku share sekali resepi Kek Minyak yang aku guna..
Kek Minyak (Kukus/Bakar)
Bahan-bahan :
5 biji telur gred a/b
1 cwn minyak jagung
1 cwn gula
1 cwn susu pekat
1sk esen vanilla
1sb ovalette
2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
Cara-caranya :
- aku ayakan tepung gandum dan baking powder dulu.
- Kemudian, aku pisahkan telur putih dan telur kuning.
- blend putin telur dahulu hingga kembang.
- campurkan gula dan blend lagi.
- campurkan ovalette, esen vanilla dan blend lagi.
- campurkan kuning telur dan blend lagi.
- campurkan susu pekat dan blend lagi.
- campurkan minyak dan blend hingga sebati semua bahan.
- tuang adunan tadi dalam bekas dan campurkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak tadi. kaul pelahan shj.
- setelah sebati boleh bahagikan kepada bahagian2 untuk kreativiti warna pilihan anda.
dan Bakar di Microwave : convectional + microwave selama 26 minit.
Ni hasil tangan suami aku.. die pandai bab corak2 ni.. |
- Kemudian boleh corak2 kan kek minyak tersebut.
Dan TADA>>> ni la hasilnya.. >>> Guna Microwave sahaja..
Anak aku yang sulung ni mmg excited..
sesuai untuk minum2 petang.
Ok Selamat Mencuba..
;-)