Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

Ahad, 15 September 2019

Resepi mudah Kek Butter Coklat Chip


Assalamualaikum..

Hari ni kak sya nak share resepi yang mudah korang nak cuba.. Selalu tengok terliur sgt2.. Tapi nak membeli ya ampun mahalnya..

Memandangkan banyak lagi coklat chip dalam peti ais tersimpan rapi.. Moh la kita buat kek butter ni.. Harap2 anak2 suke.. 🤗🤗

Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan majerin pelangi atau jenama lain pun boleh
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila


Cara-Caranya:

Bekas A

Ayakkan tepung dan baking powder

Bekas B
Pukul marjerin dengan gula hingga kembang. Masukkan vanila esen, kemudian telur satu demi satu. Kemudian masukkan susu. Pukul sehingga sebati. 


Okay da rata adunan bekas B.. Ambil tepung dlm bekas A tadi campur dan gaul sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan coklat chip dalam adunan tersebut.. Last sekali.. Da tuang adunan semua dalam tray.. Tabur lagi sekali coklat chip. Ok all done.. Da boleh bake. 




Kak sya masak kek guna microwave 🤭🤭

Tp gune setting conventional + microwave selama 25 minit. 

Lagi cepat kan dari oven.. Hihi.. 

Selamat Mencuba!! 


Isnin, 13 November 2017

Kek Minyak : Mixed dengan Blender, Bakar guna Microwave

 
 
 
Selalu aku buat kek minyak kukus jer.. bagi anak sulung aku makan..
kali ni sajer try buat bakar guna microwave.. hihi.. sbb aku xder oven..
da research dan try n error.. mcm boleh..
 
jom check it out hasilnya..
 
by the way ni aku share sekali resepi Kek Minyak yang aku guna..
 
Kek Minyak (Kukus/Bakar)
Bahan-bahan :
5 biji telur gred a/b
1 cwn minyak jagung
1 cwn gula
1 cwn susu pekat
1sk esen vanilla
1sb ovalette
2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
 
Cara-caranya :
- aku ayakan tepung gandum dan baking powder dulu.
- Kemudian, aku pisahkan telur putih dan telur kuning.
- blend putin telur dahulu hingga kembang.
- campurkan gula dan blend lagi.
- campurkan ovalette, esen vanilla dan blend lagi.
- campurkan kuning telur dan blend lagi.
- campurkan susu pekat dan blend lagi.
- campurkan minyak dan blend hingga sebati semua bahan.
 
- tuang adunan tadi dalam bekas dan campurkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak tadi. kaul pelahan shj.
 
- setelah sebati boleh bahagikan kepada bahagian2 untuk kreativiti warna pilihan anda.
 
dan Bakar di Microwave  : convectional + microwave selama 26 minit.
 
Ni hasil tangan suami aku.. die pandai bab corak2 ni..

- Kemudian boleh corak2 kan kek minyak tersebut.
 
 
Dan TADA>>> ni la hasilnya.. >>> Guna Microwave sahaja..

 
Anak aku yang sulung ni mmg excited..

 
sesuai untuk minum2 petang.
 
Ok Selamat Mencuba..
 
;-)
 
 
 

 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...